Friday 11 December 2015

 ANALISIS WACANA


  • Analisis wacana sedang hangat dibicarakan, baik dalam berbagai perdebatan maupun teks ilmiah.
  • Analisis wacana merupakan suatu kajian yang meneliti atau menganalisis bahasa yang digunakan secara alamiah,baik dalam bentuk tulis maupun lisan terhadapa para pengguna sebagai suatu elemen masyrakat. .
  •  Kajian terhadap suatu wacana dapat dilakukan secara struktural dengan menghubungkan antara teks dan konteks, serta melihat suatu wacana secara fungsional dengan menganalisis tindakan yang dilakukan seseorang untuk tujuan tertentu untuk memberikan makna kepada partisipan yang terlibat.
  • Data yang digunakan dalam analisis wacana adalah dengan cara berfokus kepada pengkontruksian secara kewacanaan yang meliputi teks tulis yang berupa ragam tulisan, dan teks lisan yang berupa ragam tuturan. 
  •  
  •  Beberapa pendekatan yang digunakan dalam analisis wacana adalah sebagai berikut :
  •  
  • Teori wacana Ernesto Laclau dan Chantal Mouffe, adalah pendekatan yang berfokus pada wacana yang mengkonstruk makna dalam dunia sosial, karena bahasa tidak stabil dan tidak pernah permananen.
  • Analisis wacana kritis, adalah pendekatan yang menekankan peran aktif wacana dalam mengonstruk perubahan di dunia sosial, karena penggunaan bahasa kongkret berdasarkan kesepakatan masyarakat yang mapan. 
  • Psikologi kewacanaan, adalah pendekatan yang menganalisis wacana dalam skala besar dan memiliki fokus persoalan khusus pengguna bahasa dalam interaksi sosial yakni psikologi kewacanaan seseorang dalam suatu masyarakat.

Analisis Teks Ucapan






TUGASAN INDIVIDU
ANALISIS TEKS UCAPAN

“TEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN DI MAJLIS PERASMIAN SERENTAK PERSIDANGAN PERWAKILAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO 2011” : SATU ANALISIS RETORIK PEMUJUKAN ( TEKNIK PENGUKUHAN )








1.0  PENDAHULUAN

Bagi seseorang pemimpin, ucapan merupakan salah satu cara komunikasi rasmi serta menyampaikan sesuatu maklumat kepada pendengar. Jika dilihat ucapan pemimpin juga merupakan suatu wacana yang memberi impak yang besar sewaktu pemerintahan mereka di sesebuah Negara. Setiap ucapan tersebut merupakan satu cara untuk mempertahankan idea, mengukuhkan kuasa pemerintahan, menyampaikan ideologi pemimpin tersebut dan beberapa kepentingan lain lagi.
Bagi menghuraikan dan memahami penggunaan bahasa dalam sesebuah wacana, maka analisis wacana boleh diaplikasikan. Teks ucapan ini akan hanya akan dianalisis dari segi pemilihan bahasa yang digunakan dalam teks tersebut dan perkaitan yang menunjukkan kesan antara pemilihan bentuk-bentuk bahasa dengan konteks penghasilan teks tersebut.
Jika dilihat bahasa bersifat fungsional dan penting dalam sebarang proses kehidupan sosial manusia dalam masyarakat. Menurut Fairclough (2003:2) mengatakan “language is an irreducible part of social life, dialectically interconnected with other elements of social life”. Sungguh pun bahasa diiktiraf fungsional dan penting, namun begitu jika dilihat input bahasa masih lagi kurang dimanfaatkan, malah kerap dipinggirkan dalam usaha pemahaman perkara lain di luar bahasa, terutamanya mengenai kehidupan sosial, sedangkan hakikat sebenar bahasa adalah untuk beroperasi secara fungsional untuk tujuan ideasional dan interpersonal.
Bagi menghuraikan dan mengetahui tentang kekuasaan bahasa dalam sesebuah wacana, maka analisis wacana atau discourse analysis boleh diaplikasi dalam mengkaji sesuatu teks. Oleh yang demikian, kajian teks ini akan melihat dan mengupas keberkesanan bahasa dan kepelbagaian teknik pemujukan yang digunakan dalam ucapan tersebut bagi menganalisis teks ucapan bekas Timbalan Perdana Menteri merangkap bekas Menteri Pendidikan iaitu YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin dalam sebuah majlis.

2.0  ANALISIS WACANA KRITIS (AWK) MODEL NORMAN FAIRCLOUGH
Pengkaji telah menggunakan kaedah Analisis Wacana Kritis (AWK) Model Fairclough untuk menganalisis teks yang telah dipilih iaitu teks ucapan “Majlis Perasmian Serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada tahun 2011” oleh  YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin.
Norman Fairclough (Badara, 2012 :26) menyatakan bahawa wacana merupakan sebuah praktik sosial dan telah membahagikan analisis wacana ini kepada tiga dimensi atau bahagian iaitu text, discourse practice, dan sosial practice. Text berhubungan dengan linguistik, contohnya dengan melihat kosa kata, semantik, dan tata bahasa, juga koheren dan kohesi, serta bagaimana antara kesatuan tersebut membentuk satu pengertian. Discourse practice merupakan dimensi yang berhubungan dengan proses produksi dan konsum teks; misalnya, pola kerja, bahagian kerja, dan rutin saat menghasilkan berita. Social practice, dimensi yang berhubungan dengan konteks di luar teks; misalnya konteks situasi atau konteks dari media dalam hubungannya dengan masyarakat atau budaya politik tertentu.
Berdasarkan pernyatan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa pengertian analisis wacana bersifat kritis iaitu suatu pengkajian secara mendalam dan berusaha mengungkapkan kegiatan, pandangan dan identiti berdasarkan bahasa yang telah digunakan dalamwacana. Analisis wacana menggunakan pendekatan kritis di mana telah menunjukkan kesepaduan.






3.0  DAPATAN KAJIAN
3.1     Teknik Pemujukkan
Dalam merasmikan Majlis Perasmian Serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada tahun 2011, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin telah menggunakan teknik pemujukan untuk menarik perhatian pendengar yang berada dalam majlis tersebut. Kajian akan membincangkan secara ringkas mengenai teknik pemujukan pengukuhan tersebut.

3.2     Teknik Pengukuhan
Teknik pengukuhan digunakan oleh penutur untuk mengukuhkan lagi penyataan atau ucapan kepada pendengar untuk membuktikan apa yang diperkatakan atau diucapkannya adalah benar dan boleh dipercayai. Dalam kajian teks ucapan ini mendapati YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin telah menggunakan teknik pengukuhan melalui petikan ayat Al-Quran, teknik pengukuhan melalui isu-isu sosial dan teknik pengukuhan melalui isu-isu semasa.



4.0  ANALISIS KAJIAN
4.1  Pengukuhan melalui Petikan Ayat Al-Quran
Jika dilihat teknik pengukuhan melalui petikan ayat Al-Quran ini begitu meluas penggunaannya dalam ucapan terutamanya untuk mengukuhkan sesuatu hujahan. Walaupun penggunaan ayat Al-Quran hanya diambil sebahagian sahaja namun jika dilihat sudah mampu untuk menarik serta memancing kepercayaan pendengar. Penggunaan pengukuhan petikan ayat Al-Quran ini juga digunakan sebagai senjata untuk memberi kesedaran kepada pendengar secara tidak langsung dalam kehidupan mereka serta membangkitkan rasa kepercayaan dalam diri mereka kepada isu yang dibicarakan atau dihujahkan.
Dalam majlis perasmian ini YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin telah menggunakan petikan ayat Al-Quran dalam ucapan beliau untuk mengukuhkan lagi pernyataan yang diucapkan oleh beliau dalam majlis tersebut. Berdasarkan kepada penggunaan ayat AL-Quran tersebut secara tidak langsung menyebabkan khalayak pendengar yang mendengar ucapan tersebut akan merasakan bahawa perjuangan mereka adalah sesuatu yang sangat dituntut dalam ajaran agama Islam dan disifatkan sebagai suatu perjuangan di jalan Allah S.W.T dan memerlukan sokongan serta kerjasama padu daripada mereka semua seiring dengan perjuangan parti mereka.
Teknik pengukuhan ini dapat dilihat dalam contoh berikut;

     Petikan ayat Al-Quran tersebut daripada Surah Al-Asr yang bermaksud “orang-orang yang beriman adalah orang-orang yang melakukan amal soleh”. Beliau mengambil petikan surah tersebut kerana hendak dikaitkan dengan perjuangan parti mereka iaitu perjuangan UMNO bukan hanya untuk suka-suka sahaja sebaliknya perjuangan untuk membawa semua ahlinya dan juga masyarakat di Malaysia melalui amal soleh dan pembangunan yang membawa kepada kesejahteraan hidup manusia dengan pendekatan wasatiyyah iaitu untuk menyeimbangkan pembangunan rohani dan pembangunan fizikal iaitu tuntutan fardhu ‘Ain dan fardhu Kifayah. Iaitu perjuangan yang mencakupi segenap kehidupan manusia di muka bumi Allah ini.
      Seterusnya beliau juga mengambil petikan Surah Al-Imran ayat 103 yang bermaksud ;
     “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Allah), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka ( disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya.

Beliau menggunakan petikan ayat Al-Quran ini untuk dikaitkan dengan perjuangan UMNO, bahawa mereka semua tidak bersendirian dalam perjuangan tersebut. Seterusnya menjadi tugas Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO untuk mengajak lebih ramai penyokong dan juga keahlian bagi meraih lebih ramai ahli untuk berjuang bersama-sama. Selain itu, mengajak juga pihak pembangkang untuk berjuang bersama dalam parti UMNO kerana Islam tidak suka kepada pepecahan umatNya dan hendaklah bersatu padu.
Dengan ini dapat dilihat melalui penggunaan petikan ayat Al-Quran tersebut telah memberikan impak yang besar dalam ucapan beliau di mana menunjukkan bahawa apa yang diucapkan oleh beliau bukanlah cakap-cakap kosong semata-mata. Sebaliknya ingin menyatakan bahawa perjuangan UMNO adalah untuk membawa semua ahlinya dan juga masyarakat di Malaysia melalui amal soleh dan pembangunan yang membawa kepada kesejahteraan hidup manusia melalui pendekatan wasatiyyah iaitu untuk menyeimbangkan pembangunan rohani dan pembangunan fizikal melalui tuntutan fardhu ‘Ain dan fardhu Kifayah. Iaitu perjuangan yang mencakupi segenap kehidupan manusia di muka bumi Allah S.W.T  ini.
4.2  Teknik Pengukuhan Melalui isu-isu sosial.
Dalam ucapan perasmian ini dapat dilihat bahawa YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin telah menyentuh sedikit mengenai isu sosial ini dalam ucapan beliau. Walaupun begitu isu ini juga ada disentuh oleh ucapan ahli politik yang lain juga dalam ucapan politik mereka. Namun isu sosial yang disentuh kali oleh beliau ialah mengenai isu fitnah yang telah dilemparkan kepada pemimpin dan juga ahli UMNO oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Isu fitnah ini dapat dilihat dalam ucapan beliau seperti berikut ;
4.2.2.

“ Segala fitnah terhadap UMNO ini ibarat api yang memamah setiap helaian jasa dan bakti UMNO. Malah, dalam zaman fitnah yang menggila ini, pemimpin nombor satu kita juga tidak terkecuali daripada menerima percikan api fitnah. Hinggakan keheningan mengerjakan ibadah haji pun diganggu oleh kilang-kilang fitnah yang bekerja lebih masa”.

4.2.3
     “Sesungguhnya, percikan api fitnah mereka menyambar dan merebak ke segenap sudut kehidupan, menyemarak sentiment kebencian. Matlamat penyebar fitnah jahat ini amat jelas menghilangkan keyakinan rakyat terhadap pemimpin utama UMNO dan meruntuhkan harapan orang Melayu kepada parti keramat ini. Tujuan mereka tidak lain hanya mahu merampas kuasa politik”.


Berdasarkan petikan ucapan tersebut menunjukkan bahawa beliau ingin mengukuhkan ucapan beliau mengenai isu fitnah yang disebarkan atau tersebar dalam kalangan masyarakat sehinggakan pemimpin pertama Negara juga tidak terkecuali daripada difitnah. Oleh yang demikian melalui ucapan tersebut beliau meminta agar semua barisan pemuda, puteri dan Wanita berjuang bersama UMNO untuk memerangi serta membersihkan fitnah tersebut.

4.3 Teknik Pengukuhan melalui Isu-Isu Semasa
      Sebagai seorang pemimpin dalam parti yang paling gah di Negara ini, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin seringkali memasukkan isu-isu semasa dalam sebarang ucapan beliau. Jika dilihat unsur atau teknik ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi kedudukan beliau sebagai ahli politik yang mengetahui selok-belok perkembangan semasa tanah air sekali gus dapat menyakinkan khalayak pendengar untuk menyokong serta dapat menerima hujah serta ucapan beliau. Antara isu-isu semasa yang disentuh oleh beliau dalam ucapan Perasmian Serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda, dan Puteri UMNO bagi tahun 2011 ini ialah ;

4.3.1
“Terkini, YAB Perdana Menteri telah pun melancarkan Program Transformasi Ekonomi Bumiputera dengan memberi tumpuan kepada tiga fokus strategik iaitu , (i) pengukuhan pendidikan serta pembinaan keupayaan Bumiputera, (ii) pembaharuan instrument dasar dan rasionalisasi sistem penyampaian, dan (iii) penumpuan kepada perolehan, penciptaan dan pencapaian Bumiputera dalam bidang ekonomi.”

4.3.2
“Begitu juga ketika orang Melayu resah memikirkan sama ada pendidikan anak-anak mereka akan terus terbela, pemimpin UMNO tegas mempertahankan hak pelajar Melayu dan Bumiputera yang berkelayakan untuk mendapatkan biasiswa dan lain-lain bantuan pendidikan daripada kerajaan. Terbaru, kita telah menubuhkan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera untuk membantu anak-anak bumiputera mendapatkan pembiayaan pendidikan.


4.3.3

“UMNO juga akan terus mempertahankan institusi-institusi agama dari terus dipersenda dan diperleceh. Kedudukan Raja sebagai Ketua Agama akan dijunjung. Kewibawaan institusi mahkamah Syariah, agensi penguatkuasa agama dan undang-undang Islam akan terus dibela. Pendidikan Islam akan diperkasakan lagi. Kerajaan pusat komited untuk membantu sekolah-sekolah agama rakyat dan sekolah agama negeri dari segi pembangunan infrastruktur, kurikulum, latihan guru dan sebagainya”.

5.0  CIRI WACANA

Jika dilihat dalam sesebuah wacana atau teks yang baik seharusnya mempunyai atau memiliki ciri-ciri wacana seperti berikut iaitu berkesinambungan ( coherence ), berpautan ( cohesion ), bertujuan ( intentionality ),berketerimaan ( acceptability ), bermaklumat ( informativeness ), berkonteks / bersituasi ( situasionality ), berintertekstualiti, dan berpekadapaan ( adequacy ). Namun pengkaji hanya mengambil tiga sahaja ciri wacana untuk dikaji dalam teks ucapan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyidin bin Haji Mohd Yassin dalam Majlis Perasmian Serentak Persidangan Perwakilan Wanita,Pemuda dan Puteri UMNO 2011 iaitu kesinambungan, bertujuan dan kebolehterimaan.

5.1 Kesinambungan (coherence)
Yang dikatakan tentang kesinambungan ialah teks tersebut haruslah mempunyai aliran idea teras  yang menjadi inti pati teks tersebut dalam ujaran atau ayat atau bahagian wacana secara sistematik, lancer, bertalian, dan logik itulah yang diperkatakan sebagai kesinambungan.
Dalam teks ucapan yang dikaji ini telah menunjukkan terdapat wacana kesinambungan penggunaan pantun dan dikaitkan dengan hujahan beliau dalam teks tersebut ;
Bulat air kerana pembentung
Bulat manusia kerana Muafakat
Kata seia kata sepakat
Setuju sependirian setuju sependapat
Janji termeterai, kejayaan dinikmati.


“Maka dalam semangat Maal Hijrah, marilah kita perkukuhkan kesatuan hati sesame kitaa, marilah kita semarakkan muafakat yang membawa berkat, supaya terpancar darinya sinar azimat yang menyuluh lorong-lorong perjuangan kita”.


5.2 Bertujuan ( intentionality )

      Setiap wacana atau teks haruslah mempunyai tujuan tertentu dalam penghasilan wacana tersebut. Contohnya untuk menyampaikan maklumat, menyampaikan ilmu pengetahuan, memberitahu mengenai sesuatu berita, memberi hujahan, pandangan, untuk memujuk, mengubah persepsi atau pandangan khalayak terhadap sesuatu, meraih simpati dan lain-lain lagi.
      Contoh ciri wacana bertujuan dalam kajian teks ini dapat dilihat bahawa YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin bertujuan untuk meminta khalayak pendengar untuk berjuang bersama beliau dan juga pemimpin parti UMNO yang lain dalam berjuang untuk menarik lebih ramai dalam kalangan masyarakat menyertai ahli UMNO dan berjuang bersama-sama menentang pembakang demi Negara yang tercinta. Contohnya dapat dilihat dalam ucapan beliau ini;
“Ayuhlah, gerakkan seluruh kekuatan Wanita, Pemuda , dan Puteri UMNO untuk menjadi benteng parti. Datuk Shahrizat, pergerakan Wanita adalah srikandi UMNO. Pengaruh Wanita amat kuat dalam masyarakat. Setiap undi wanita sangat penting kepada UMNO. Perkukuhkan gerak kerja Jalinan Rakyat. Perhebatkan aktiviti Skuad Sayang dengan pendekatan yang tersusun dan teratur. Kajian sikap mesti tepat, penyelarasan dan kerjasama dengan kepimpinan bahagian mesti mantap”.


“Saudara Khairy, andalah panglima perang paling muda dalam UMNO. Gerakkan barisan pemudamu, jadilah benteng UMNO yang kukuh. Turun ke akar umbi, dekati dan selamilah aspirasi generasi seangkatan denganmu. Persiapkan hulubalang pemuda untuk bertarung dalam peperangan yang paling perit dalam sejarah parti kita. bersedialah dengan kekuatan mental dan fizikal. Biar putih tulang , jangan putih mata”.


5.3 Kebolehterimaan
Kebolehterimaan bermaksud sebarang idea, gagasan atau mesej yang hendak disampaikan dapat diterima oleh khalayak pendengar. Oleh yang demikian ujaran dan tuturan perlu diberi perhatian. Hal ini untuk memudahkan cara penyampaian. Oleh yang demikian penutur atau penulis haruslah terlebih dahulu mengenali siapa khalayak pendengar mereka, bidang apa yang mereka hendak sampaikan supaya segala maklumat, info yang hendak disampaikan dapat diterima oleh khalayak.
Jika dilihat dalam teks ucapan YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin dalam Majlis Perasmian Serentak Persidangna Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2011 ini memenuhi ciri wacana kebolehterimaan ini. Hal ini kerana idea, gagasan dan mesej yang disampaikan telah menjadi inipati dalam setiap ucapan pemimpin UMNO sebelum ini. Selain itu, ucapan beliau juga boleh diterima oleh khalayak pendengar kerana masih lagi berada dalam lingkungan pengetahuan sedia ada hadirin dalam majlis tersebut.

            6.0  PENUTUP
Selaras dengan perkembangan dunia bahasa semasa, analisis wacana kritis telah mencapai tahap yang lebih fleksible dan lebih meluas. Kajian yang dilakukan pengkaji terhadap teks ucapan YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin dalam Majlis Perasmian Serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2011 hanya mengkaji dan melihat sebahagian kecil sahaja aspek yang terdapat dalam analisis wacana kritis. Masih banyak lagi aspek dalam analisis wacana yang boleh diterokai dan dikaji di masa akan datang. Semoga kajian yang hanya mengambil sebahagian kecil aspek analisis wacana ini akan dapat melihat kupasan yan cuba disampaikan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin dalam ucapan beliau.







7.0  BIBLIOGRAFI

Idris Aman. 2014. Analisis Wacana. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan            Malaysia.

Azhar M.Simin. 1993. Sintaksis Wacana “Yang” dalam Bahasa Melayu. Dewan Bahasa    dan Pustaka : Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur.

Asmah Haji Omar. 1986. Nahu Melayu Mutakhir (edisi baru). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Idris Aman, 2001. “Analisis Wacana Kritis Perutusan Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad”. Tesis PhD. Universiti Malaya.

Asmah Haji Omar, 2000. Wacana Perbincangan, Perbahasan, dan Perundingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.