Saturday 23 April 2016

PENANDA WACANA UNTUK KARANGAN BAHAGIAN A & B BAHASA MELAYU SPM



PENANDA WACANA
BAHAGIAN 1
 
PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN   
  • Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu …  
  • Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah … 
  •  Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020·   
  •   Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang  menghambat. 
  •  Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. 
  • Namun disebalik itu, kita acap kali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronar yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri. 
  • Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini … 
  •  Sejak dua dan tiga dekad belakangan ini memang kita dapat menyaksikan …



PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN
·         

  •  Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama. 
  •   Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama. 
  •  Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan  segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini. 
  •  Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan … 
  • Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan  pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.


PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN


  • ·         Kita dapat menyaksikan betapa… 
  •           Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana… 
  • ·         Lazimnya, dalam keadaan … 
  • ·         Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah … 
  • ·         Pada hemat saya … 
  • ·         Pada pandangan saya … 
  • ·         Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa … 
  • ·         Sebagaimana yang kita ketahui 
  • ·         Sebagaimana yang kita maklumi... 
  • ·         Sejak awal lagi... 
  • ·         Sejak kebelakangan ini... 
  • ·         Selain itu, pada masa ini juga... 
  • ·         Seperti yang telah dinyatakan... 
  • ·         Umum mengetahui bahawa... 
  • ·         Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas


PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN

  • ·         Bagi sesetengah orang … 
  • ·         Begitu juga dengan … 
  • ·         Begitu juga halnya dengan … 
  • ·         Bertitik tolak daripada itu … 
  • ·         Bukan itu sahaja … 
  • ·         Dalam hal ini … 
  • ·         Dalam konteks ini .. 
  • ·         Dalam zaman yang serba canggih ini … 
  • ·         Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa … 
  • ·         Dengan adanya … 
  • ·         Dengan berbuat demikian … 
  • ·         Dengan perkataan lain ... 
  • ·         Disebabkan hal itu... 
  • ·         Disebabkan keistimewaan inilah kita ... 
  • ·         Hal ini berlaku disebabkan 
  •           Hal ini penting dalam 
  • ·         Hal ini serupa dengan 
  • ·         Hal yang serupa berlaku apabila 
  • ·         Hal ini disebabkan 
  • ·         Hal ini membuktikan bahawa 
  • ·         Hal ini menggambarkan bahawa 
  • ·         Hal ini secara tidak langsung akan 
  • ·         Hal ini semua meninggalkan kesan kerana 
  • ·         Hal ini tentu sekali membuatkan 
  • ·         Jadi kita perlu 
  • ·         Jadi kita hendaklah 
  • ·         Keadaan ini tentunya 
  • ·         Lantaran itu sehingga kini 
  • ·         Kesemua ini menyumbang kepada 
  • ·         Kita mengakui hakikat bahawa 
  • ·         Kita sering menonton di kaca televisyen 
  • ·         Kita sering membaca di dada-dada akhbar 
  • ·         Memandangkan keadaan yang sedemikian 
  • ·         Namun sejak kebelakangan ini 
  • ·         Oleh itu, bolehlah dikatakan 
  • ·         Secara logiknya masa yang 
  • ·         Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita 
  • ·         Keadaan ini seharusnya boleh 
  • ·         Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini  
  • ·         Yang paling nyata ialah 
  • ·         Yang perlu kita pastikan ialah

PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK

  • ·         Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak 
  • ·         Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan 
  • ·         Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian … pada tahun ... menunjukkan bahawa sebanyak …


PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH

  • ·         Sebagai contohnya 
  • ·         Biar kita lihat 
  • ·         Biar kita ambil contoh 
  • ·         Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah… 
  • ·         Sebagai analoginya, 
  • ·         Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah


PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN
  • ·         Intihanya, 
  • ·         Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas 
  • ·         Konklusinya, 
  • ·         Dengan ini diharapkan 
  • ·         Bukan itu sahaja 
  • ·         Mudah-mudahan perkara ini 
  • ·         Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa 
  • ·         Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insyallah perkara ini akan … 
  • ·         Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama


No comments:

Post a Comment